Assalamualaikum and hi!
EPISODE 1 : MELAKA
LIKE SERIOUSLY RM100 JE? Mesti pergi balik kan? Eh NOO! Let me share how I manage to spend only RM100 for my vacation at Melaka (3 days 2 nights) but before we start, I want to remind you this is a budget trip yet enjoyable! If you want more adventure, prepare more money hahahahah ok?
Actually kami tak pergi banyak sangat pun tempat thats why budget pun under RM100 but at least we had so so much fun ok! It was planned vacation but we didn't really plan sebab everyone like macam main-main at first and the one who handle mostly 70% of it tiba -tiba tak boleh join. Lagi la kelam kabut but we managed to handle it!
So 2 cars from KL to Melaka (own cars) so around 10.30am bertolak and we arrived Melaka almost 1pm sebab ada stop dekat RnR. For the first day we stayed at Nat's homestay which is beberapa tapak from her house so alhamdulillah dia sponsor homestay for a night! After asar kitaorang keluar lepak dekat beach berdekatan and we got free COCONUT SHAKE!! hahahaha sumpah sedap recommended
ok! After dah basah and penat, balik nak kemas barang and siap for tonight! So malam punya aktiviti pulak, we had a BBQ night! and go dobi nak basuh baju hahahahahaha YE VACAY PUN BASUH BAJU sebab everyone tak bawak baju lebih and ter-main air pulak petang tadi
For the second day, we went to Bandar Melaka la kan? Actually nothing yang kena bayar pun since kitaorang just pergi Kota A' Famosa, Dataran Pahlawan, Muzium yang berdekatan situ, The Stadthuys, and Kapal apatah tu. We also had cendol and ABC near river cruise punya tempat tu. The ABC was not bad! We also did some shopping and again I forgot the name of the place. After penat jalan, we go check in hotel which is near jonker street. Tak silap I dekat Melaka street art. It was nice and affordable la since RM50 per night! After asar, kitaorang keluar sebab memasing dah lapar so we decide nak pergi makan but we pecah dua sebab some of them nak pergi food hunting katanya and ada yang malas and nak lepak chill je. I decided nak pergi Pantai Klebang and makan sana! Tak silap I banyak jugak diaorang food hunting ada mee besen, desert, asam pedas and many more! Unfortunately, malam tu ingat nak jalan Jonker Street tapi tu la bonggok sikit tak check dulu rupanya Jonker Street open weekend je. Tak ada la Jonker Streetnya. So tukar plan nak tengok midnight movies! Sementara tu, kitaorang main arcade, karaoke and window shopping jap dalam mall! After movie, kitaorang lepak mamak like usual la baru boleh sembang kencang !!
The last day, we decided nak pergi shopping and minum Coconut Shake Klebang! After that we olls pun balik. yes almost maghrib baru sampai rumah hahahah kemain kau!
Melaka sumpah panas okay jangan gatal pakai baju 2 3 lapis ok! and jangan pergi time weekdays sebab mostly attraction dia open weekends je.
TEMPAT MENARIK DI MELAKA
Pantai Klebang
Dia akan sediakan kenderaan 4X4 yang boleh membawa anda dari tempat parking ke kawasan ini dengan caj RM3.00 seorang untuk sehala- If you nak cuba jalan kaki pergi dan balik boleh je but GOODLUCK MANDI PELUH! hahhahaha
Kota A Famosa
Kota A Famosa adalah lokasi yang paling simbolik bagi negeri Melaka. Tak sah kalau tak bergambar di sini apabila datang ke Melaka tau! and near to dataran pahlawan.
The Stadthuys
If you nak masuk Kompleks Stadthuys, caj akan dikenakan and kalau you beli tiket,you boleh dapat akses ke Muzium Pemerintahan Demokrasi, Muzium Pendidikan, Muzium Tuan Yang Terutama, Muzium Pendidikan & Galeri Laksamana Cheng Ho
Warganegara (sertakan MyKad):
Dewasa: RM5.00
Kanak-kanak: RM2.00
Bukan warganegara:
Dewasa: RM10.00
Kanak-kanak: RM4.00
Jonker Walk
If you nak beli souvenir, boleh la datang sini! Theres a lot of thing with affortable price but please datang time weekend je okay? If weekdays tak buka.
Melaka Wonderland Theme Park & Resort
Taman tema ini mempunyai pelbagai tarikan, seperti water slides, Lazy cum Crazy Pool, Adventure Island, 1 Big Wave Pool dan banyak lagi! Tempat ini juga dikelilingi hutan semulajadi yang berkeluasan 360 hektar.
If you nak buy ticket online boleh click http://www.melakawonderland.com.my/onlineticketing.php
Goadek Hot Spring
Open for 24 hours and fee dia pun murah je which is
Adult : RM5
Children ( 6-12 ) : RM3
Children under 5 : free
Melaka River Cruise
Dari jeti Muara, anda akan dibawa sehingga ke jeti Taman Rempah dan anda akan berpatah balik ke jeti Muara.If you pergi malam lagi best sebab for me view malam is better!
Waktu Operasi: 9:00 pagi ke 11:30 malam
Kos:
Warganegara
RM10.00(D) / RM5.00 (K)
Bukan Warganegara
RM15.00(D) / RM7.00 (K)
Sewa satu bot
Warganegara: RM400
Bukan warganegara: RM600
If nak tulis semua kemain panjangkan mesti korang skip je kan? so here a few list yang I boleh bagi
go and check yourself
- Dataran Keris Alor Gajah
- Dataran Pahlawan
- Desa Balqis, Kuala Linggi
- Dusun D’Paradise
- Independence Monument Museum
- Kampung Mortem
- Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka
- Kota Belanda di Bukit St John
- Malaqa House
- Magic Art 3D Museum
- Melaka Alive
- Melaka Street Art
- Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park
- Muzium Lebah Sedunia
- Pantai Puteri
- Pantai Tanjung Bidara
- Pantai Pengkalan Balak
- Pantai Padang Kemunting
- Perigi Hang Li Po
- Planetarium
- Straits Chinese Jewelry Museum
- Sungai Melaka
- Taman Burung
- Taman Botanikal
- The Hut, Serkam
- The Li Chi Mao Art Museum
- Toy Museum Melaka
- Villa Sentosa
- Wildlife Theatre
Some of our picture!
![]() |
at Pantai Klebang |
![]() |
Backpacker!! |
![]() |
at The Stadthuys |
![]() |
Coconut Shake Klebang |
![]() |
at The Stadthuys |
![]() |
at A Famosa |
![]() |
Ok! I think that's all for this entry. Thank you for sending your time to read my blog! Much love - Qeelz. ✌
No comments:
Post a Comment